Thursday, October 30, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula sebagaimana berikut:
Tahap Satu ( Tahun 1, 2 dan 3 ) : 3 hingga 5 November 2008
Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) : 30 Oktober hingga 5 November 2008
Selamat mengulangkaji kepada semua pelajar.

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SK KKB. Semoga perjalanan balik kampung anda selamat. Maaf Zahir Batin.

Wednesday, July 16, 2008

KURSUS MEMBINA BLOG

Kursus untuk membina blog melibatkan guru-guru akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 18 & 19/7/2008
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : 2.45 - 5.45 ptg

Guru-guru akan diberikan pendedahan untuk membina blog pribadi atau persatuan. Semoga kursus ini memberikan manfaat kepada semua guru.

Saturday, July 12, 2008

PERKEMBANGAN STAF DAN BENGKEL

Perkembangan Staf dan Bengkel telah dijalankan sebagaimana berikut.
Tarikh : 10.7.2008
Hari : Rabu
Masa : 2.45 petang - 6.00 petang

TAKLIMAT GURU BESAR
Maklumat semasa tentang pendaftaran harta modal dan aset alih sekolah

Bengkel PEKA Sains

Maklumat terkini tentang pemantauan PEKA sains di sampaiakan oleh En. Mohd Azdi b Abd Aziz

Bengkel PLBS
Maklumat berkaitan dengan Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah yang disampaikan oleh Pn. Habibah bt Takril

Sunday, July 6, 2008

Tarikh Baru Peperiksaan UPSR

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan tarikh baru bagi tiga peperiksaan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini.
Tarikh baru bagi UPSR ialah 9 sehingga 11 September,
PMR (13-17 Oktober) dan
STAM (20-22 Oktober dan 28-29 Oktober).
Bagaimanapun tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikekalkan pada 12 November sehingga 6 Disember.
Dipetik dari Utusan Malaysia

Peperiksaan Percubaan UPSR

Selamat menjawab kepada semua murid tahun 6 yang akan menjalani peperiksaan percubaan UPSR minggu hadapan.

TAKZIAH

Warga SK Kuala Kubu Bharu mengucapkan takziah ke atas kepulangan suami Cikgu Norasikinb Muhammad ke Rahmatullah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.