Sunday, September 23, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

TAKZIAH

WARGA SK KKB MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA CIKGU NORAINI BINTI AHMAD YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 3 OGOS 2007. KEHILANGAN BELIAU AMAT DIRASAI OLEH SEMUA WARGA SK KUALA KUBU BHARU. AL-FATIHAH.

Friday, August 17, 2007

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar SK KKB. Manfaat kan cuti anda. Semoga pulang dengan selamat selepas bercuti.

Friday, July 27, 2007

TAKZIAH

Takziah diucapkan kepada keluarga Cikgu Maznah di atas pemergian ayahanda yang dikasihi yang pulang ke Rahmatullah pada petang hari Rabu 25 Julai 2007. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang -orang yang soleh. Al-Fatihah.

Wednesday, July 18, 2007

Blog Ahli Kelab Multimedia

Ahli Kelab Multimedia SK KKB telah berjaya membina blog untuk diri mereka sendiri pada hari ini. Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kelab dimana pelajar diajar untuk membuat e-mail dan blog.

Sunday, July 15, 2007

KEJOHANAN CATUR

Tahniah kepada Pasukan Catur sekolah dan Guru Pembimbing di atas kejayaan pasukan Catur Kumpulan B yang menjadi johan manakala kumpulan A tempat ke lima. Kejohanan di anjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu.

Wednesday, July 11, 2007

PERKHEMAHAN TAHUNAN

Perkhemahan Dwi Tahunan SK Kuala Kubu Bharu yang melibatkan pelajar tahun 5 dan 6 akan diadakan sebagaimana berikut.
Tarikh : 13 hingga 15 Julai 2007
Tempat : The Rock Resort, Ulu Yam